Thursday, June 18, 2009

Dealing Pain

Sakit, memang sakit. Tuhan saja yang tahu. Kau takkan tahu apa yang aku rasa, sebab kau bukan aku. Kau rasa aku beruntung. Kau rasa aku hebat. Tapi aku bukan segala yang kau bayangkan.
Aku tak rasa apa pun.

Aku masih lagi rasa sendirian.

Tak ada orang untuk aku luahkan. Tak ada orang untuk mendengar. Kawan-kawan saja yang ada untuk aku. Pertama kali rasanya aku break down sejak sekian lama, aku cari Ezza. Aku tak tahu siapa yang aku nak confide. Aku tak mahu banyak mengadu kepada kawan-kawan. Nanti ada pula yang tidak senang hati selalu mendengar masalah aku. Aku dah malas.

Kau nampak aku senyum.
Kau nampak aku ketawa.
Kau nampak aku gembira.

Tapi ada kau nampak aku menangis malam-malam seorang diri?
Ada kau nampak aku sedih?
Ada kau nampak perasaan sebenar dalam hati aku?

Apa yang kau nampak tidak semestinya menggambarkan siapa aku. Apa yang kau nampak tidak semestinya kebenaran. Alangkah bagusnya kalau masalah boleh dibuang, dibakar, dilupakan. Kau tak kenal aku.
Sudahlah.

No comments: