Friday, June 19, 2009

You Weren't Worth The View

Aku ni bodoh sangat kah? Ikutkan kata kawan-kawan, tak lah bodoh sangat. Setakat ni keputusan peperiksaan yang (agak) besar aku ok je. Bukan pelajar terbaik, tapi bolehlah.

Blur tu memang tak payah cakap lah. First impression orang terhadap aku memang menggambarkan yang aku ni memang blur sebenarnya. Betul, tak tipu punya. Tanya Shazz. Dia kata aku ni blur dan agak skema. Pujian atau sindiran aku tak tahu. Sebab memang aku agak blur.

Balik kepada topik. Aku tak rasa aku ni bodoh. Tapi kenapa aku rasa diperbodoh-bodohkan? Kalau orang lain memang sekarang ni tak adanya nak menaip entri di blog. Gerenti sekarang ni tengah menelefon dan kemudian mencaci maki si polan itu sampai handphone habis bateri atau habis kredit. Tapi aku tak. Aku gelak. Gelakkan apa? Aku pun tak tahu. Rasanya aku gelakkan diri aku sendiri. Mungkin aku dah gila. Atau mungkin ini menandakan yang semua kegilaan ni dah selesai. Macam baru tersedar dari mimpi yang aku tak mahu bangun sebelum ni. Yang akhirnya berakhir dengan 'You know what? I don't give a damn about you anymore'.


Portrait
Ini namanya orang yang stress.

p/s : Pada yang rajin dan ingin tahu, the title was a line from 'Arizona' by Hey Monday.

2 comments:

emma songall said...

i love Hey Monday.
they such a rockin' band.

Nejj said...

I totally agree with you.