Saturday, July 25, 2009

Scraps

Selamat pagiiii!! Yeah, sebenarnya tengah moody tapi bila nervous aku akan jadi 'jumpy'. Patutnya esok baru jumpy tapi hari ni pun dah mula nervous. Exam lusa tapi buku tak buka pun. Ugh, lupakan perkara tu sekejap. Dah tahu Isnin ni exam tapi masih jugak sign up untuk kursus hari Ahad ni. Bijak, sangat bijak.

Akhir-akhir ni banyak sangat perubahan, jadi masih menyesuaikan diri. Dan hidup pun dah tak normal macam dulu. Hari ni aku rasa nak buat saomething yang different. Normally, kalau weekends aku akan mengadap pc. Tapi sebab sekarang ni hidup aku tengah abnormal, aku nak buat something different. Of course, mula-mula kena cuci kasut, kalau tak nanti kena bebel dengan umi. Lepas mandi aku baca buku sains kut ; reactivity of metals (yang aku masih tak ingat-ingat sampai sekarang). Kalau rajin aku sambung dengan geografi atau perdagangan. Tapi baca buku kena 1 jam atau 1 jam setengah. Sebab selalunya aku tak boleh tumpukan lepas 1 jam. Nasib baik aku jenis quick-reader. Lepas tu sukahati nak buat apa.
(Baca buku pelajaran cuma untuk sedapkan hati. Daripada langsung tak belajar baik baca sikit)

Planning bukan main. Entah buat entah tidak.

Haha, biasalah. Manusia cuma merancang, Tuhan yang menentukan (pandai lah bagi alasan).

Deliberating untuk men-delete orang yang tapi MAcaM iNi dekat myspace. Dan juga mereka yang tak reti mengeja. Ah delete je lah. Aku bukannya kenal pun mereka tu.

2 comments:

NA. said...

all the best utk exam!
=)

Nejj said...

thanks! :)