Wednesday, December 30, 2009

Menangis Bukan Sedih, Ketawa Bukan Gembira

Kalau kau baca mesti kau gelak kan? Peduli apa aku.


Lusa dah masuk 2010.

Jadi, resolution aku? Entah. Aku memang tak ada mood nak sambut apa apa sebelum ni. Sekarang ni apatah lagi.

Kalau benda benda bawah ni boleh qualify sebagai resolution tak? Rajin baca lah, aku tak paksa. Kalau malas skip perenggan bawah sekali terus.

-Bila dah ada lesen tahun depan, nak drive dalam hujan sorang sorang sambil dengar lagu from Reza Salleh dalam kereta. Sumpah feel. Aku suka bila aku stuck dalam kereta sebab hujan lebat sangat dan tak dapat masuk rumah. Seronok.

-Oh dan aku nak isi minyak kereta penuh penuh dan sesatkan diri aku dekat Kuala Lumpur sampai aku jumpa jalan pulang. Lagi seronok. Nanti boleh mengorat mana mana abang handsome bila tanya jalan. Auwwww.

-Ah, aku nak kurus. Or at least kecilkan ukuran peha sampai aku tak rasa malu nak pakai skinny jeans. Ingat konon nak jogging cuti ni, tapi tak ada pun. Haha.

-Aku nak lebih banyak blogging dalam Bahasa Melayu. Nanti orang mengata aku bajet, asyik speaking. Nak buat macam mana, dah memang society kita suka mengata. Nasib lah.

-Yang wajib, aku kena study lebih lagi. Dah tak boleh malas malas. Kalau malas tak dapat laptop nanti. Padan muka aku.

Setakat ni itu je yang aku dapat fikir kan. Kalau ada aku nak tambah tolak nanti, suka hati aku lah kan.



Dah, aku tengah stress dan rasa nak makan orang. Pergi jauh jauh sana baca blog orang lain yang lebih bermanfaat.


p/s : Nak beli Fuji Instax wide 210 (RM380) tapi duit baru ada RM160. Macam mana ni?

No comments: