Tuesday, April 6, 2010

Sungguh Lucu

Pagi tadi buka paper terus ada berita rumah Arwah Din Beramboi kena rompak. Mengucap panjang aku nampak berita tu. Memang tak ada hati perut punya orang.
Jujur aku tak minat sangat dia, apa-apa dosa yang dia buat (faham sendiri lah) tu semua urusan dia dengan Tuhan. Siapa kita nak menilai orang kan. Diri sendiri pun jauh dari sempurna.

Tapi yang paling lucu bila ada hamba Allah yang tak sedar diri masih muda dan mentah dan boleh senang senang je orang belasah dia dari perjalanan balik dari sekolah ada guts nak menghina arwah.

Meet Rafiqin Darwisy, a 14 year old boy who, I could guarantee you, does not know what life really is, especially when it's going down to the darkest pits.

Agak lah kiddo. Just a reminder, dunia ni luas, tapi Malaysia ni kecil. Sedangkan orang nak tarik kereta yang beralamat dekat Selangor tapi kereta tengah dekat Johor pun boleh dicari (ada pengalaman), apatah lagi orang yang dah cukup banyak info dekat internet ni. Oh wait, orang dah jumpa pun kau dekat mana.

Sure, kita ada hak bersuara. Apatah lagi dekat internet yang tak ada batasan ni. Tapi sendiri kena ingat lah nak letak batas batas tu. Sudah lah biadap, Al-Fatihah pun dia boleh buat main. Nak kata tak cukup akal lagi atau belum baligh ke, dah cukup dah. Unless belum sunat? Tapi tu tak ada kena mengena pun. Ah, urusan dia pun kan.

Anyway cerita ni pun dah kira lambat, just nak komen je so everyone pun beringat. Tak elok menghina orang yang dah meninggal dunia. Oh well, dengar cerita dia dah minta maaf. Hopefully ikhlas lah kan.

(Tiba-tiba aku terbayang kalau lah ada budak senior samseng sekolah dia yang hot tengok dia tulis macam tu . . . huish, memang mampus lah dekat sekolah kalau macam tu.)

Paling lucu dia ada mengaku dia bukan Islam. Oh well, siapa tahu kan. Unless ada krew Melodi yang bother nak pergi terjah budak ni maybe baru kita tau lah, gerenti rating TV3 hari Ahad nanti paling tinggi kalau diorang cari dan jumpa this kiddo.

footnote : Siapa tak tahu dan nak tahu apa cerita kecoh kecoh pasal budak ni sila lah rajin kan diri anda menaip nama dia dekat google. Dia dah famous sekarang. Ha-ha.

No comments: