Sunday, October 3, 2010




Screen buat hal, padahal baru baiki CPU (nasib baik tak campak sebab mengenangkan nanti aku mati kebosanan kalau tak ada skrin yg buat sakit kepala 10 kali ganda lagi teruk). Tengah berkira nak beli kamera Blackbird as the last buy.

Lepas ni nak berjimat, nak masuk universiti kena banyak berjimat. Kau bukan anak orang kaya walupun ayah kau Datuk kepada berbelas (atau boleh masuk puluh dah?) orang cucu yang boleh buat satu batalion askar. Sekarang beli barang pun kena berkira. Plus kawan aku betul, jadi addicted beli beli kamera ni.

Hidup bukan senang. Benda yang kau nampak dekat tv, wayang semua tu - budak masuk sekolah rendah, then sekolah menengah, SPM screwed up then end up masuk LimKokWing (Lagi lah wadefak. Macam tak ada Uni upscale lain dekat Malaysia yang nak di shoot) dan asyik lepak dengan kawan-kawan. Tipu gila. Realiti - SPM kau bagus dapat masuk Uni kerajaan, duit PTPTN atau MARA lambat masuk, tebal muka mintak mak ayah duit kalau desparate, makan maggie sebab nak berjimat dan tak tidur malam buat assignment. Aku tak kata aku tak ada duit, tapi tak juga kaya tahap Datuk K belikan Datuk Siti jam yang boleh beli banglo sebiji (Seriously agak ridiculous weh, come on, membazir gila. Baik beli kereta, at least berguna jugak).
Boleh je nak extravagant kalau mampu, tapi tengok keadaan lah juga.

Jadi kesimpulannya pandai pandai sendiri lah nak agak.


p/s : Kali ni post macam ni sebab baru borak dengan sepupu aku yang dulu ambil fast track law dekat UiTM pasal course yang patut di-apply, so makin banyak afterthought dan kinda like l’esprit d’escalier but in a different way.

p/p/s : Dan senario yang disebut itu cuma hipotesis dan simulasi keadaan. Sesetengahnya memang dialami oleh manusia sebenar.

2 comments:

NA. said...

yap2
nej nk smbg ape kat u nnti?
:)

btw
sudah tukar link
cloud-holic.bspot.com

Nejj said...

asasi law atau fast track law
insya-Allah :D

oh ok thanks for notifying :)