Friday, December 18, 2009

Aku Bukan Kakak Kau

Tadi beli groceries. Aku pakai baju kurung memandangkan dah buntu nak pakai baju apa lagi hari ni. Bila nak balik dekat tempat parking tiba tiba abang hensem approach aku dengan mak aku. 'Haaaa, akak sekejap kak nama saya *tak ingat apa*. Akak pernah dapat kupon dari *Ajinomoto Pizza tak?' Aku confuse kenapa dia cakap dengan aku dan bukan dengan mak aku. Tapi aku tak cakap apa apa, sebab dah terbiasa orang panggil aku akak, lagipun walaupun mata dia nampak merah, dia comel jugak. Ahah (Pakcik jangan marah haaa). Dah tu dia terus menerus promote dekat aku dan panggil aku akak. Aku dah terdiam, nak cakap aku sekolah lagi dia terus menerus pokpekpokpek, aku tak cakap habis air liur dia je nanti.

Last last 'Haa, jadi akak boleh dapat jimat RM*** kalau akak beli kupon ni semua dengan harga RM20 sahaja. Okay kakak ambil pen ni tulis nama, alamat, dan semua detail detail ni.' Aku dah tergamam tak tahu nak cakap apa. Mak aku yang senyap dari mula dan pergi hantar troli tadi jerit dari jauh 'Dia tu tak kerja lagi oii, belajar, sekolah menengah lagi tuu'. Aku dah tergelak gelak. 'Ah? Sekolah lagi ke?' dia macam tak percaya je aku tengok. 'Ha'ah, tu lah, patutnya cakap dekat tu' aku tunjuk dekat Pn. J yang dah tutup but kereta dan nak start enjin.

#Sebab aku pakai heels tinggi ke haa?


....

Petang semalam aku online twitter, dah tu tangan menggatal nak tengok apa jadi Malaysia lawan Vietnam jadi aku search. Kita menang. Aku pun rasa bangga juga walaupun mulut selalu berbuih kutuk team negara sendiri. Haha. Dah tu aku ternampak satu tweet ni "So Malaysia wins football, so what?". Aku kan stalker terhebat jadi pergi stalk dia. Tengok profile ada link pergi blog dia.

*klik*

-baca sekejap-

Ada satu entry something pasal dia pelik kenapa orang ingat dia nampak berumur 13 tahun. Aku angkat sebelah kening. Dalam hati aku fikir, 'Baguslah jugak, at least orang tak anggap kau macam orang anggap aku.'

Ada link pergi myspace dia. Klik lagi.



Alahai kau memang baru 13 tahun cik adik oiii.


*nama ditukar, aku taknak kena saman.

No comments: