Wednesday, April 28, 2010

Ini Serious



Nak potong rambut, nak rambut warna merah. Yes, aku tak main main. Potong rambut no problem, warna merah tu yang problem.

Anyway, aku memang menghidapi masalah ketagihan beg. Dapat dari mak aku. Tapi mak aku ok je, aku yang teruk. Dekat setiap bulan aku akan mengidam nak beg tertentu sampai kalah orang mengandung. Aku sekarang mengidam nak beg Mulberry Alexa or Proenza Schouler PS1 (bukan game playstation). Dua beg ni dah lama mengidam tapi tak dapat dapat jugak. Haih.

Oleh kerana tak mungkin aku akan dapat beli dua beg tersebut, terpaksa lah aku cari beg yang aku mampu beli. Aku paling suka beg yang besar punya sebab nak sumbat kamera, buku, purse, ricola mint, brg2 random (read : lip balm, oil blotter, perfume, etc.), pen, botol air, marker, majalah dan sebagainya. (Yes aku suka bawa banyak barang).

Oleh itu aku suka messenger dan beg hobo sebab spacious. Macam beg stud yang aku asyik guna sekarang, aku suka stud dan memang beg tu boleh sumbat everything, termasuk lah kucing aku (tapi dia sesak nafas dan akan cakar siapa siapa yang masukkan dia dalam beg tu lah). So sekarang aku masih lagi mencari messenger beg baru. Ada suggestions tak blogshop mana mana yang jual beg macam yang aku mention dekat atas nun and murah?

No comments: