*Tajuk yang seperate dan tiada kaitan antara satu sama lain. Sekian.
Aku suka benda manis, especially cake (marshmallow strawberry cheesecake! OMNOMNOM!). Dia tak suka. Dia cakap aku bukan Melayu tulen. Kfine apa apa lah kau asalkan nanti kau reti nak masak asam pedas untuk aku sebab aku suka asam pedas ikan pari tapi tak berapa nak reti masak (memang tak reti pun =___=).
*Satu batch jadi cookies. Keras teruih aih!
Okay sambil sambil tu aku nak iklankan Twitter aku sebab aku sangatlahhh bosan okay. Jadi sila lah rajin rajin menegur sebab aku tak makan orang. Sebenarnya dekat luar (real life) aku tak ada lah kau-aku sangat, more like I-You gitu (kenapa macam gedik bila aku tulis macam ni?).
Cerita pasal social networking ni (bukan movie Social Network), Facebook aku more like private thingy so janganlah ambil hati sangat kalau tak approve or delete sebab itu memang hobi aku. Haha okay tak, actually sometimes aku rasa tak selesa. FYI aku agak introvert, and tak banyak cakap, jadi kadang kadang tak tahu nak borak pasal apa. Yang Myspace pula memang dah jadi sejarah lah kan. Entah bila last aku buka pun aku tak ingat. Flickr pulak setakat nak hosting gambar je yang lebih. Kalau tumblr memang paling aktif lah kan. Hari hari dok reblog or cari bahan or merepek.
Oh ya. Aku kena tolak untuk bekerja dekat Scrt R. Pffftttt.
No comments:
Post a Comment