Aku tak tahu sama ada relevenisasi merupakan perkataan yang wujud dalam kamus dewan, jadi sila jangan gunakan dalam karangan. Sekian.
Apa relevannya kau menegur orang dengan penuh amarah & carutan sambil bersembunyi di belakang alasan untuk bertazkirah? Tolong tunjukkan kepada aku sebab aku tak faham. Sesetengah pengisian boleh walaupun dicerna namun penuh rasa jijik dengan perkataan dan intonasi kau yang tiada unsur menegur sebaliknya lebih kepada mencaci. Aku tidak sempurna sama sekali dari segi apapun termasuk keagamaanku tapi betapa sedihnya melihat seorang perempuan Islam yang berpendidikan begitu jatuh darjat, adab dan maruahnya kerana mencerca yang lain dengan begitu lantang dan penuh kebanggaan. Jika kau begitu open minded sehingga boleh mecerca manusia sebegitu rupa, pasti kau boleh menerima teguran atau cacian mahupun ludahan dari orang lain dengan mudah bukan?
p/s : Aku rasa tak berbaloi habiskan banyak tenaga pasal dia. Kau nak perhatian sangat bukan? Therefore I am not giving it to you.
No comments:
Post a Comment