Thursday, February 21, 2013

Monolog, Repekan & sambil tu Review Cerpen by Nadia Khan


Janggal
Tapi aku tak takut
Being afraid is not even a choice here.



Tahu tak aku masih mencari lagi identiti. Supposedly kau dah nak masuk 20 tahun (tua tu woi, TUA!), kau dah kenal diri kau sendiri. Pelik bukan bila terjadinya sesuatu yang kau tak sangka, kau mula mempersoalkan kau siapa semula. Gila lah, itu zaman muda remaja (masih muda remaja but you get what I mean). A good daughter, aku bilang kepada cikgu aku ketika ditanya apa yang aku mahu buat ketika dewasa. Mahu membuat ibu bapa bahagia, gembira. Ye lah kau, masa sekolah dulu belakang parents ada boipreng, pergi tusyen tapi lepak McD, baik lah sangat (kadang-kadang je lah, aku skema masa dulu). Tapi masa tu aku ikhlas, sebab aku anak Umi aku yang seorang. Realiti yang aku sedar dari sekolah menengah, rasa pelik kenapa kawan kawan lain macam tak rasa menyusahkan parents depa, tak rasa kesian. Tapi parents depa muda, masih bekerja, jadi mungkin itu suatu security blanket? Realiti yang lain payah nak disebut, pahit dan mungkin aku patut ubah, tokok tambah dan kemudian hantar ke Buku Fixi (eh?).

Tak payah faham pun sebab aku dah balik ke gaya monolog tak tentu arah aku. Ini juga pengaruh aku baru khatam novel dari Buku Fixi, Cerpen by Nadia Khan. Aku suka gaya dia. Gaya dia mengingatkan aku buku buku yang aku suka masa zaman aku sekolah rendah, buku hasil arwah Othman Puteh (aku simpan lagi woooo) & A. Samad Said (yang buku untuk pembaca muda ala ala adventure sikit gitu). Please percaya bila aku rekemen macam ni sebab 95% buku yang aku ada ialah novel Inggeris. Buku kegemaran yang Bahasa Melayu pun cuma masa zaman aku rajin selongkar rak buku mak aku - zaman sekolah rendah (Umi kerja Dewan Bahasa & Pustaka dulu, tu banyak buku - tapi anak selalu dapat markah tinggi dalam English instead of Bahasa Melayu). Okay melalut. Faktor aku suka pun mungkin sebab aku boleh relate dengan apa yang dia sampaikan. Kau buat pilihan sebab orang, sebab sekeliling, dan bukan sebab kau sendiri yang nak dan untuk kau gembira. Aku dulu dari science stream (straight A student - tak, tak ada niat nak berlagak pun) beriya turun pergi kelas akaun, kemudian terpaksa fight untuk masuk ke kelas sastera. Pengetua siap panggil jumpa, kau ada? You'd think that having good results will make it easier to go to any class that you want but it's not the case. Tapi akhirnya aku end up dengan budak-budak underdog, yang selalu dipandang rendah. Point is, aku suka sebab aku boleh relate. Dan aku rasa dapat buka mata orang yang dok sanjung satu pilihan sahaja (Sains pandai, Sastera bodoh. Study Medic hebat, Penulisan Skrip takkan ada masa depan bagus etc. etc. etc.). Tapi betul juga yang ditulisnya (tak dia tak tulis macam ni, ini yang aku rumus sendiri), realitinya, yang menggaji tu pun tak kisah kau suka ke tak, kau baik dengan pelanggan, pesakit kau ke tak, asalkan kerja kau siap, kerja dia siap. Berbalik kepada persoalan awal, yang menggaji tu pun sebenarnya suka ke dengan kerja dia tu, apa yang dia buat?

Tapi orang selalu kata, buat kerja biar ikhlas, baru ada berkat. Cuba doktor tu buat sorang makcik ni makin sakit, lepas tu marah marah & tengking makcik tu, makcik bagitau anak dia, end up anak dia bomoh Siam, anak dia bomoh kan satu family doktor tu, kan susah? (Imaginasi terlampau, dan bomoh-bomoh ni syirik oi!)

p/s: takpayah nak sebarkan link post ni, aku buat sebab aku suka buku Cerpen ni, bukan review yang proper pun.

No comments: